Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

𝟭𝟬 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗦𝗬𝗘𝗜𝗞𝗛 𝗗𝗥. 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗕𝗨𝗧𝗛𝗜

𝟭𝟬 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗦𝗬𝗘𝗜𝗞𝗛 𝗗𝗥. 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗕𝗨𝗧𝗛𝗜 

1. Memulakan hari dengan solat subuh berjemaah di masjid.

2. Ketika mendengar suara azan; di mana pun kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun, maka kita harus cepat-cepat menuju ke masjid terdekat untuk melakukan solat berjemaah.

3. Berusaha dengan sekuat tenaga untuk tidak menggunakan umur kita ini kecuali untuk taat kepada Allah, bekerja untuk mencari rezeki halal, mencari ilmu, dan untuk beristirehat menghilangkan kepenatan.

4. Ketika hendak tidur, maka kita harus membayangkan bahawa kemungkinan tidur ini adalah tidur untuk selama-lamanya, tidur terakhir kita di alam dunia. Sebelum tidur, kita bermuhasabah dan beristighfar kepada Allah.

5. Ketika kamu mendapat kenikmatan atau ujian, maka jangan lupa hakikat bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan tidak ada yang dapat menolak mudarat kecuali Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

6. Sesudah kamu melakukan solat dan selesai berwirid, maka jangan berdiri sebelum mengangkat tanganmu berdoa kepada Allah degan penuh kerendahan hati dan penuh kehinaan, meminta kepada-Nya menunaikan hajat-hajatmu, menghindarkan dari segala ketakutan, dan mengampuni segala dosa-dosamu.

 7. Ketika kamu merasa ditinggalkan manusia dan dibenci oleh mereka maka jadikanlah redha Allah sebagai pengubat hatimu. Dan ketahuilah bahawa hal itu lebih baik daripada manusia yang menyukaimu tetapi Allah membencimu.

 8. Ketika nafsumu menarikmu untuk ghibah ( mengumpat ) pada saudaramu, maka ingatlah bahawasannya kamu juga mempunyai banyak kecacatan dan apabila Allah membukanya nescaya kecacatanmu itu juga menjadi pembicaraan manusia lain pula.

 9. Berusahalah sekuat tenagamu untuk menjadikan bekalan yang kamu sediakan nanti adalah merupakan hati yang suci daripada segala kotoran kebencian.

10. Ketika nafsumu mengajak untuk melakukan kemungkaran, maka ingatlah akan kematian kerana kematian itu akan mengecilkan besarnya maksiat dan menjadikan ibadah dan taat itu banyak.

(Petikan dari kitab Bathinul Ithsmi (باطن الإثم), karangan Syeikh Ramadhan al-Buthi)


Telegram : Grupaswaja

Ahlussunnah wal Jama'ah Asy'ariah wal Maturidiyah

Post a Comment for "𝟭𝟬 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗦𝗬𝗘𝗜𝗞𝗛 𝗗𝗥. 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗕𝗨𝗧𝗛𝗜"