AKHIR SANG MUSAFIR
BISMILLAH
AKHIR SANG MUSAFIR
Debaran ombak samudera
air mata di dalam jiwa
mengiring gemulai
pemikiran dalam tulisan
tentang kesan dari
batin yang terdalam
masa yang beredar
tiada henti berujar
berputar direlung hati
yang mati kerana cemar
menebar aroma rasa
yang makmur
namun tiada tenggelam,..
karam seperti desir yang
kandas
kejernihan jiwa sesak
untuk bernafas
di khilaf panji insani
bukan menggenggam
tetapi meremas titik-titik
itu menunggu untuk di sentuh
lingkar dunia cenderung
memfitnah
hilanglah satu dan satu,..
tiada utuh sembilan
puluh sembilanku
tersurut langkah
sejengkal demi sejengkal
dan yang tertinggal
adalah sesal dan sesal
lalu perlahan dan perlahan
darah mengental
di akhir kerdipan mata
nafas tersengal
bersama segala dusta
yang kan tertinggal
dijalan panjang akan terjegal
Ya Robb...
betapa penghijrahan ini
Menguji segala tabah
dan sabarku
Kerana ia hijrah segalanya
Tinggallah segala sifat
Yang dilihat lemah dari
sahsiah diri
Bagai anjung di lautan
Tak ternilai khazanahnya
Sahabat...
Jika terlalu banyak
berkata-kata
Kadang boleh menghilangkan
makna yang tersirat di dalamnya
Bait pada kata-kata kadangkala
terlalu indah untuk di sampaikan
Apabila ia mengenai hati dan jiwa
Aduhai...
Apalah yang ada pada
kata bicara
Jika ianya sekadar manis
di bibir sahaja
Tanpa memberi sebarang
makna
Padaku...
Tiada yang paling
berhemah
Lebih baik diam
dari berkata-kata
Walaupun sebak
bersarang di dada
Meronta-ronta untuk
meluahkan segala
Ya Robb...
Lemahkah aku?
Jika memilih untuk
berdiam?
Sedangkan bisu itu
Tidak sepatutnya
sebagai petanda
Pada suatu kelemahan diri
AKHIR SANG MUSAFIR
Debaran ombak samudera
air mata di dalam jiwa
mengiring gemulai
pemikiran dalam tulisan
tentang kesan dari
batin yang terdalam
masa yang beredar
tiada henti berujar
berputar direlung hati
yang mati kerana cemar
menebar aroma rasa
yang makmur
namun tiada tenggelam,..
karam seperti desir yang
kandas
kejernihan jiwa sesak
untuk bernafas
di khilaf panji insani
bukan menggenggam
tetapi meremas titik-titik
itu menunggu untuk di sentuh
lingkar dunia cenderung
memfitnah
hilanglah satu dan satu,..
tiada utuh sembilan
puluh sembilanku
tersurut langkah
sejengkal demi sejengkal
dan yang tertinggal
adalah sesal dan sesal
lalu perlahan dan perlahan
darah mengental
di akhir kerdipan mata
nafas tersengal
bersama segala dusta
yang kan tertinggal
dijalan panjang akan terjegal
Ya Robb...
betapa penghijrahan ini
Menguji segala tabah
dan sabarku
Kerana ia hijrah segalanya
Tinggallah segala sifat
Yang dilihat lemah dari
sahsiah diri
Bagai anjung di lautan
Tak ternilai khazanahnya
Sahabat...
Jika terlalu banyak
berkata-kata
Kadang boleh menghilangkan
makna yang tersirat di dalamnya
Bait pada kata-kata kadangkala
terlalu indah untuk di sampaikan
Apabila ia mengenai hati dan jiwa
Aduhai...
Apalah yang ada pada
kata bicara
Jika ianya sekadar manis
di bibir sahaja
Tanpa memberi sebarang
makna
Padaku...
Tiada yang paling
berhemah
Lebih baik diam
dari berkata-kata
Walaupun sebak
bersarang di dada
Meronta-ronta untuk
meluahkan segala
Ya Robb...
Lemahkah aku?
Jika memilih untuk
berdiam?
Sedangkan bisu itu
Tidak sepatutnya
sebagai petanda
Pada suatu kelemahan diri
Kalam Kekasih
Post a Comment for "AKHIR SANG MUSAFIR"