Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hari Untuk Makan, Minum Dan Berzikir Kepada Allah

Hari Untuk Makan, Minum Dan Berzikir Kepada Allah

Sayyidina 'Uqbah bin 'Amir (58 H) رضي الله عنه, beliau berkata, Rasulullah ﷺ telah bersabda:

يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

"Hari 'Arafah, Hari an-Nahr (Hari 10 Zulhijjah) dan Hari-hari Tasyriq adalah hari perayaan kita umat Islam. “ 

(Sunan al-Tirmidzi, no. 773). Beliau menilai hadis ini sebagai hasan lagi sahih. 

Dalam riwayat lain, daripada Nubaisyah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ هَذِهِ الْأَيَّامَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Hari-hari Tasyriq adalah hari untuk makan, minum dan zikrullah (mengingati Allah)." (Sunan Abi Daud, no. 2813) hadis ini dinilai sahih. 

Al-Imam an-Nawawi (676 H) Rahimahullah berkata :

1) Hari-hari Tasyriq adalah 3 hari selepas Hari an-Nahr.

2) Dinamakan dengan nama At-Tasyriq kerana orang ramai memotong dan menjemur daging korban pada hari-hari tersebut.  [al-Minhaj, 8/17]

3) Imam al-Qurthubi (671 H) Rahimahullah berkata: Hadis ini menyatakan adalah sangat disukai dan digalakkan untuk kita memperbanyakkan zikir kepada Allah pada hari-hari tersebut iaitulah dengan memperbanyakkan takbir dan sebagainya. [Tafsir al-Qurthubi, 3/1]

Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali (795 H) Rahimahullah menyatakan  :

إشارة إلى أن الأكل في أيام الأعياد والشرب إنما يستعان به على ذكر الله تعالى وطاعته وذلك من تمام شكر النعمة أن يستعان بها على الطاعات

"Allah Ta’ala mensyariatkan umat Islam untuk menjadikan hari ini sebagai hari makan dan minum, agar dapat membantu mereka untuk semakin kuat dalam berzikir mengingati Allah dan melakukan ketaatan kepada-Nya. 

Hal yang demikian adalah merupakan bentuk syukur nikmat yang paling sempurna kerana nikmat yang kita terima membantu kita agar semakin bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah kepada Allah Taala." (Lathaif al-Ma'arif, hlm. 291)

Kata Al-Imam Ibnu Rajab :

وقد استحب كثير من السلف كثرة الدعاء بهذا في أيام التشريق.

Terdapat di kalangan para ulama Salaf menganjurkan untuk memperbanyakkan berdoa pada hari-hari yang mulia ini.

قال عكرمة: كان يستحب أن يقال في أيام التشريق: {رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} [البقرة: ٢٠١]

Ikrimah (104 H) -murid Ibnu Abbas-رضي الله عنه mengatakan:

Adalah digalakkan untuk membaca doa pada Hari-hari Tasyriq dengan doa:

"رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ".

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah al-Baqarah [2] : ayat 201)

(Lathaif al-Ma'arif, hlm. 290)

📍Hari Tasyriq : Hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah, bersamaan 21, 22 dan 23 Juli 2021.

Wahai Allah, berkatilah makanan dan minuman yang telah Engkau rezekikan kepada kami serta taufiqkanlah kami dan zuriat kami untuk sentiasa memperbanyakkan zikir kepada-Mu sepanjang hidup kami. Amiin

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

-SM-

Seources : skuadpemudaislam


Post a Comment for "Hari Untuk Makan, Minum Dan Berzikir Kepada Allah"