SEBUTIR DEBU
BISMILLAH
SEBUTIR DEBU
Sejak akhir-akhir ini,
aku kerap tersedu tidak kira masa.
Tersedu seseolah aku baru lepas menangis yang lama.
Kerap benar aku tersedu begitu.
Adakah disebalik wajah dan suara yang ceria,
tersembunyi hati yang berduka?
Mungkin Hati ini rasa sayu dan menangis tanpa aku sedari.
Atau aku sakit tanpa disedari
Aku redho dengan ketentuan dan kehendakan yang Maha Pencipta.
ZIARAH
Dalam lembah yang penuh nista
Saat kegelapan menutupi hati
Kulihat secercah cahaya MU
Laksana kerlipan bintang di gelap gulita
Kulangkahkan kaki dari lembah berlumpur ini
Kudatangi Mu wahai pemilik KASIH
Kubersimpuh dikaki MU mengharapkan ampunan
Atas dosa dan noda
Kudatangi Mu kerana aku rindu
Rindu akan arif bijak MU
Rindu akan tegur sapa MU
Rindu saat terindah yang pernah kumiliki dalam hidup
Saat aku bersama MU
mereka dengan TUHANnya
mereka…
kulihat mereka…
mereka menangis dalam sholatnya…
mereka menangis dalam do’anya…
mereka menangis dalam dzikirnya..
mereka tahu siapa dirinya
ketika mereka tahu siapa Tuhannya
ketika mereka tunduk menjatuhkan kening mereka
serata lantai dengan telapak kakinya
sujud tubuhnya
sujud hatinya
sujud jiwanya
sujud ke-aku-annya
mereka tahu kerendahannya
mereka tahu kekecilannya
mereka tahu kekerdilannya
mereka tahu kehinaanya
mereka tahu ketiadaan dirinnya
mereka menyebut-nyebut nama Tuhannya
Tuhannya berkata..
Aku yang punya nama
Aku datang
Ketika Tuhannya hadir
Dengan kebesaranNya
betapa takutnya mereka
Ancaman Tuhannya
Seksa Tuhannya
Azab Tuhannya
Neraka Tuhannya
betapa gembiranya mereka
ni’mat Tuhannya
kurnia Tuhannya
rahmat Tuhannya
Syurga Tuhannya
betapa cintanya mereka
ketika mereka tahu
Tuhannya mengasihi mereka
Tuhannya menyayangi mereka
Tuhannya mencintai mereka
Maka
Ni’mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Wahai jiwa yang tenang
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redho dan diredhoi
Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu
Dan masuklah ke dalam syurgaKu
Hamba Yang Dhoif.
Post a Comment for "SEBUTIR DEBU"