ANUGERAH SEBUAH KEHIDUPAN
ANUGERAH SEBUAH KEHIDUPAN
= Dari lidah kebenaran =
Di angin lalu ku kirimkan pesan-pesan
Pada jiwa-jiwa yang dahagakan air siraman
Pada kelopak yang hampir kelayuan
Pada hati yang kehilangan makna pencarian
Marilah ikutku melihat alam ciptaan
Menuju pelangi-pelangi aksara keindahan
Mengirai makna-makna dari sebuah perjalanan
Melihat permata yang terpendam disebalik kabus kekeliruan
Inilah aku sang debu alam
Yang hadir dalam bayang
Mencoretkan pena dengan tinta melakarkan
Dalam puisi aku berbahasa seruan
Dalam melodi syair yang ku hiaskan makna
Namun suaraku tiada disana
Hilang bersama aksaraku di maya berkaca
Andai engkau cuba memahami
Bahawa itulah muntahan suara jiwaku yang meronta
Minta dinyatakan akan keluhan dan rintihan
Tentang kesedihan melihat puing-puing kekeliruan
Dalam wajah-wajah gundah manusia yang hilang pengertian
Menunggul puingnya memenuhi hamparan tentang sebuah perjalanan
Aku insan dan engkau pun insan
Aku manusia dan engkau pun manusia
Kita adalah satu jiwa dari gudang perbendaharaan yang sama
Namun adakah engkau melihat sebagaimana apa yang aku lihat?
Bahawa dunia hanyalah permainan dan tempat tipu daya
Dan usianya yang semakin reta dimamah angin zaman
Hanyalah bingkai gambaran dalam ilusi sebuah pernyataan
Tirai yang dibuka untuk memperlihatkan keagungan Dzat yang terahsia dalam keesaanNya
Dan tiadalah gambaran ini berwujud kenyataan pada hakikatnya
Ibarat mimpi yang akan sirna tatkala siang menjelma
Maka itu tiadalah sehama nilai dunia ini dibandingkan akhirat disisi Tuhan yang kuasa
Mengapa harus kita membuang masa
Mengumpul kerikil-kerikil yang tiada bermaka
Membina empayar kebendaan yang akhirnya ditinggalkan
Menghimpun segunung kekayaan akhirnya pulang bertangan kosong
Lalu mengapa meratap rayu dalam sendu di alam percintaan yang semu
Apakah bermakna nyanyian rindumu yang engkau syairkan?
Lewat puisimu memuja patung-patung yang diberi nyawa
Kenapa tak merindui sang pemberi nyawa?
Bukankah disana mata air rindunya berpunca?
Apakah engkau terlupa bahawa engkaupun adalah sebuah patung bernyawa?
Yang dikurniakan sebuah nikmat kehidupan
Dan kerinduanmu kepada patung-patung yang tiada keupayaan itu apakah ada kebenaran?
Apakah kesampaian maksud rindumu?
Apakah kesampaian cinta kasihmu?
Tanyaku....
Siapa yang mengutuskan rindu dalam jiwa?
Siapa yang memiliki wajah keindahan cinta?
Siapa yang empunya karya dan cipta yang indah ini?
Milik siapa dirimu dan kerajaan alam ini?
Lalu kepada siapa yang harus engkau merindu?
Kepada siapa yang harus engkau menyinta?
Maka jawapannya ada pada dirimu?
Sekadar aku membuka pertanyaan-pertanyaan
Supaya engkau melihat kembali kebenaran-kebenaran
Yang terlupa engkau melihat hakikat kebenaran segala cerita alam kejadian
Bahawa alam ini adalah tempat menyata akan Kebesaran dan keagungan Tuhan...
Rindu yang hadir dalam jiwamu itu adalah bahasa utusan Dia yang melambai kasih
Kenapa terlupa engakau melihatkan?
Tiadalah engkau pernah sesekali campurtangan dalam melakarkan suratan
Samada dirimu atau selainnya
Kerana engkaupun entah dimana debu-debunya bertebaran di antara wilayah alam kebesaran Tuhan ini
Maka nikmat yang paling besar itu adalah nikmat dikurniakan kehidupan ini
Maka itulah yang patut engkau syukuri tanpa diengkari....
Tanpa kehidupan dimanakah engkau disaat ini?.
Allahu Akbar....bagiNya segala puji.
Salam sang fakir

Amir Debu Alam
Post a Comment for "ANUGERAH SEBUAH KEHIDUPAN"