TEMPATNYA DI DALAM DADA
BISMILLAH
TEMPATNYA DI DALAM DADA
Semua bentuk yang engkau lihat,
memiliki “mata-air-tetap” di alam tak-bertempat:
Tidak mengapa ketika bentuk musnah,
kerana aslinya abadi.
Semua wajah cantik yang pernah kau lihat,
semua kata penuh-makna yang pernah kau dengar;
Janganlah berduka ketika semua itu hilang;
kerana sesungguhnya tidaklah demikian.
Ketika mata-air-sumber tak-berhenti,
cabangnya terus mengalirkan air.
Kerana itu, apa yang engkau keluhkan?
Pandanglah jiwa sebagai pancuran,
dan semua ciptaan ini sebagai sungai:
ketika pancuran mengucur,
sungai mengalir dari situ.
Taruhlah kesedihanmu
dan teruslah minum air-sungai ini;
jangan fikirkan bila surutnya;
aliran ini tiada henti.
Dari saat pertama engkau masuki
alam wujud ini,
sebuah tangga ditaruh di hadapanmu,
sehingga engkau dapat menapak naik.
Pertama engkau adalah mineral,
lalu engkau berubah menjadi tetumbuhan,
kemudian engkau menjadi haiwan:
bagaimanakah sampai hal ini
sempat menjadi rahsia bagimu?
Kemudian engkau menjadi insan,
dengan pengetahuan, ‘aql dan keyakinan.
Pandanglah raga ini,
yang tersusun dari tanah-liat kering:
pandanglah bagaimana dia telah tumbuh
dengan sempurna.
Ketika engkau berjalan terus dari insan;
tiada diragukan lagi engkau akan menjadi malak.
Ketika engkau telah meninggalkan bumi ini,
kedudukanmu di langit.
Lewatilah ke-malak-anmu:
masukilah samudera itu.
Sehingga titisanmu menjadi lautan
yang tak-terhingga luasnya.
Tinggalkanlah kata “putra,”
katakanlah “yang Maha Esa”
dengan seluruh jiwamu.
Tidak jadi soal jika raga menjadi tua,
lemah dan lusuh;
ketika jiwa sentiasa muda.
TEMPATNYA DI DALAM DADA
Semua bentuk yang engkau lihat,
memiliki “mata-air-tetap” di alam tak-bertempat:
Tidak mengapa ketika bentuk musnah,
kerana aslinya abadi.
Semua wajah cantik yang pernah kau lihat,
semua kata penuh-makna yang pernah kau dengar;
Janganlah berduka ketika semua itu hilang;
kerana sesungguhnya tidaklah demikian.
Ketika mata-air-sumber tak-berhenti,
cabangnya terus mengalirkan air.
Kerana itu, apa yang engkau keluhkan?
Pandanglah jiwa sebagai pancuran,
dan semua ciptaan ini sebagai sungai:
ketika pancuran mengucur,
sungai mengalir dari situ.
Taruhlah kesedihanmu
dan teruslah minum air-sungai ini;
jangan fikirkan bila surutnya;
aliran ini tiada henti.
Dari saat pertama engkau masuki
alam wujud ini,
sebuah tangga ditaruh di hadapanmu,
sehingga engkau dapat menapak naik.
Pertama engkau adalah mineral,
lalu engkau berubah menjadi tetumbuhan,
kemudian engkau menjadi haiwan:
bagaimanakah sampai hal ini
sempat menjadi rahsia bagimu?
Kemudian engkau menjadi insan,
dengan pengetahuan, ‘aql dan keyakinan.
Pandanglah raga ini,
yang tersusun dari tanah-liat kering:
pandanglah bagaimana dia telah tumbuh
dengan sempurna.
Ketika engkau berjalan terus dari insan;
tiada diragukan lagi engkau akan menjadi malak.
Ketika engkau telah meninggalkan bumi ini,
kedudukanmu di langit.
Lewatilah ke-malak-anmu:
masukilah samudera itu.
Sehingga titisanmu menjadi lautan
yang tak-terhingga luasnya.
Tinggalkanlah kata “putra,”
katakanlah “yang Maha Esa”
dengan seluruh jiwamu.
Tidak jadi soal jika raga menjadi tua,
lemah dan lusuh;
ketika jiwa sentiasa muda.
Hamba Yang Dhoif.
Post a Comment for "TEMPATNYA DI DALAM DADA"