Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TERNYATA TIADA APA APA

TERNYATA TIADA APA APA

Dalam dunia ini ada 2 benda yang kamu perlu ingat dan ada 2 benda kamu tidak perlu ingat(lupa)

perlu ingat

-bahawa harta kamu tidak akan kekal dan habis

-bahawa kamu akan mati

tidak perlu ingat(lupa)

-soal rezekimu yang telah ditetapkan
-Amal kebaikanmu

(Akibat Jika tidak ingat 2 benda yang kamu perlu ingat)

Pertama : apabila kamu tidak ingat bahawa harta itu tidak kekal ,ketika itu kamu merasai hartamu akan kekal maka kamu akan mula kurang yakin pada hari kiamat dan hari akhirat kerana kamu akan merasakan dunia adalah segala galanya,sehingga ke hari tuamu,kamu akan sentiasa memikirkan harta,justeru itu kamu terus lupa pada esok hari yang mungkin ajal bakal menjemputmu

bila kamu sedar bahawa harta tidak kekal?ternyata kamu akan sedar bila kamu telah mati,dan yang mampu kamu miliki ketika itu hanya kain yang bewarna putih yang bernama kafan berharga puluhan ringgit sahaja,Terus kemana pergi ratusan ribu dan juta juta di dalam akaunmu?

TERNYATA TIADA APA APA

siapa yang akan miliki?Yang miliki hanya anakmu dan isterimu dan kerabatmu,adakah mereka bersedih?iya,beberapa waktu..berapa lama?mungkin seminggu ,sebulan setahun..seterusnya? tidak dijamin,dan mungkin ada yang tidak rasa sedih,lalu mereka lupakanmu,jadi apa yang tersisa untukmu?

TERNYATA TIADA APA APA

Kedua: jika kamu  tidak ingat mati atau rasa lambat lagi akan mati maka kamu akan terus berlambat dalam kebaikan,sekiranya kamu dalam maksiat maka kamu akan berterusan melakukan maksiat kerana kamu merasakan kamu akan hidup selamanya,atau hidup ini perlu di nikmati kerana waktu masih panjang

apa yang akan terjadi pada kamu?
ternyata kamu akan semakin jauh dari Allah,jauh yang macam mana?jika jauh di dunia maka kamu jauh dari kebaikan dan rahmat Allah,jika jauh diakhirat maka kamu jauh dari syurga,itu bermakna kamu dekat dengan neraka,maka apa yang menyelamatkan kamu?

TERNYATA TIADA APA APA

(Akibat jika ingat 2 benda yang tidak perlu dingati)

Pertama: sekiranya kamu ingat akan soal rezeki maka ia membuatmu kamu tidak yakin dengan soal rezekimu,itu seolah kamu sudah syak pada urusan Allah,maka datanglah kesedihan pada dirimu,yang sering mengeluarkan kata kata tidak bersyukur dan lebih teruk tidak mempercayai dengan ketentuan qada' dan qadar Allah 

kata imam hasan basry

"Allah melaknat orang tidak yakin dengan rezeki Allah"

jika kamu mendapat laknat dari Allah apakah lagi yang mampu memuliakanmu di dunia dan akhirat?sedangkan Dia adalah Tuhanmu

TERNYATA TIADA APA APA

Kedua: sekiranya kamu memperingati akan amal kebaikanmu,maka kamu tidak akan pernah melihat dosamu,kamu akan sentiasa merasakan baik pada dirimu,sehingga kamu akan memandang rendah pada orang lain dan hina,lalu datang rasa riak dan sombong dalam dirimu

bukankah kamu ketahui bahawa Nabi saw pernah bersabda

لا يدخل الجنة من كان  في قلبه ذرة من كبر

tidak akan masuk syurga orang yang ada dalam hatinya sezarah dari membesar diri(sombong)

maka amalanmu,walaupun sebesar gunung,tiada apa yang kamu perolehi diakhirat kecuali

هباء المنثورا

bagaikan debu debu yang bertebangan

lalu apakah yang mampu menolongmu?

TERNYATA TIADA APA APA

Itu lah hakikat kehidupan di dunia yang TERNYATA TIADA APA APA melainkan akan musnah dan sementara

maka ingatlah 2 perkara,dan lupakanlah dari 2 perkara..

Post a Comment for "TERNYATA TIADA APA APA"