Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Perkara termasuk dari sifat الجفاء (keras hati, peribadi yang buruk)

Sufyan AtThawri رحمه الله تعالى pernah berkata, sepuluh perkara termasuk dari sifat الجفاء (keras hati, peribadi yang buruk), antaranya adalah;

1. Seseorang yang mendoakan dirinya sendiri tetapi tidak mendoakan kedua orangtuanya dan keseluruhan orang Mu’min.

2. Seseorang yang mempelajari AlQuran tetapi tidak mampu membaca 100 ayat dalam sehariannya.

3. Seseorang yang masuk masjid tetapi tidak mengerjakan dua raka’at solat.

4. Seseorang yang melintasi perkuburan tetapi tidak memberi salam pada ahli kubur dan tidak juga mendoakan mereka.

5. Seseorang yang memasuki Madinah pada hari Jumaat tetapi keluar dalam keadaan tidak mengerjakan solat Jumaat.

6. Seseorang yang tidak pergi bertemu seorang Alim yang hadir di sekitar kediamannya tetapi tidak mempelajari sesuatu pun daripadanya.

7. Dua orang yang saling berbual dan berbuat baik, namun tidak pernah bertanya tentang nama sahabatnya.

8. Seseorang yang diajak menjadi tetamu, lalu dia menerima jemputan tersebut, tetapi tidak menghadirkan diri.

9. Seorang pemuda yang menghabiskan waktu mudanya tetapi tidak pergi menuntut ilmu dan mempelajari adab.

10. Seseorang yang kekenyangan sedang jirannya kelaparan, dan dia tidak memberinya sedikit makanan dari apa yang dia miliki.

________

المدد يارسول الله ، اللهم صل على حبيبك سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم أجمعين ، جزى ﺍﻟﻠﻪ عنا سيدنا محمدﺍ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ عليه ﻭﺳﻠﻢ ما ﻫﻮ ﺃﻫﻠﻪ

________

Post a Comment for "10 Perkara termasuk dari sifat الجفاء (keras hati, peribadi yang buruk)"