Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MENGHAYATI RAHASIA KEMENANGAN PERANG BADAR AL KUBRO

KESIMPULAN PENGAJIAN BERSAMA HABIB ALWI BIN MUSTAFA AL-HADDAD : 

MENGHAYATI RAHASIA KEMENANGAN PERANG BADAR AL KUBRO

1. Umat Islam adalah sebaik-baik umat diutus untuk membawa risalah damai, cahaya & kasih sayang.

2. Kemenangan di Perang Badar adalah disebabkan akhlak saling rendah diri sesama umat Islam & menjadi penyebab Malaikat untuk menyertai peperangan tersebut.

3. Peperangan-perperangan Umat Islam adalah defensive & memburu kemerdekaan & kebebasan manusia yang dilantik oleh Allah sebagai khalifah di bumi melawan diktatorisme, kegelapan & kezaliman dengan membawa hidayah, cahaya & kasih sayang.

4. Umat Islam bersatu hati bernaung di bawah cahaya yang dibawa oleh Rasulullah SAW
واعلموا أن فيكم رسول الله
"Dan ketahuilah bahawa dalam dirimu ada Rasulullah."
Mereka berjuang dalam keadaan Rasulullah SAW itu hadir & hidup dalam diri mereka.

5. Kita akan menang jika Rasulullah SAW sentiasa hidup dalam diri kita dengan Sunnahnya & Sunnahnya yang paling besar adalah akhlak yang mulia & tinggi.

6. Di akhir zaman ini kita perlu berperang melawan hawa nafsu, duniawi & syaitan yang menjadi diktator dalam diri kita, agar kita bebas & merdeka daripada musuh-musuh tersebut. 
(Kita akan menang jika Rasulullah SAW hadir dalam jiwa raga kita)

7. Disamping itu kita juga perlu melawan segala bentuk kekufuran, permusuhan, kebencian & kegelapan dengan senjata cahaya Akhlak baginda yang terkandung di dalam Al Quran.
كان خلقه القرآن
“Akhlak Rasulullah SAW adalah Al Qur'an”

-Al Habib Alwi bin Mustafa Al Haddad-

Post a Comment for "MENGHAYATI RAHASIA KEMENANGAN PERANG BADAR AL KUBRO"