SEBUAH RENUNGAN
BISMILLAH
SEBUAH RENUNGAN
Dalam dakapan malam mataku
mengembara menatap bintang-bintang.
Berkelap-kelip indah bagai
menyambut malaikat Ilahi yang datang.
Tunduk dan patuh pada aturan Nya
sejauh mata memandang.
Sungguh bukti keagungan Nya
dialam nan luas terbentang.
Ada kekerdilan dan ketakutan
yang merasuk ke dalam diri.
Tantang kekurang tundukan jiwa
kepada Sang Maha Pemberi.
Karena begitu banyaknya nikmat
pemberian yang telah dinikmati.
Yang sungguh sangat tiada sebanding
dengan ketaatan kepada Ilahi.
Kerlap-kerlip bintang nun jauh
dihujung jagad seolah memberi pesan.
Betapa kerdilnya keangkuhan dan
kesombongan diri sebagai insan.
Yang dalam hidup senantiasa
menuntut pemenuhan kepuasan.
Tak tahu telah menanti
didepannya jalan-jalan kematian.
Penguasa mati,
hartawan mati,
semua makhluk akan mati.
Bekal untuk dibawa pada
perjalanan panjang tak mencukupi.
Himpitan sempitnya kubur dan
kesendirian kelak jarang ditangisi.
Sungguh kelak di mahkamah-Nya
betapa banyak manusia yang rugi.
Air mata ini terjatuh dalam kesedaran
akan beratnya mahkamah Tuhan.
Menyedari bahawa diri ini sungguh
telah merugi dalam perniagaan.
Banyak berbuat salah dan
hanya miliki sedikit rasa ketaatan.
Sungguh hamba Mu telah
lalaikan hidup sebagai insan.
Masa berlalu,
kulit mengeriput,
jiwa semakin rapuh.
Mengapa langkah tak mampu
jalani ketataan dengan teguh.
Mengapa banyak bukti kadang
tak mmpu membuat nafsu luluh.
Betapa beratnya perjalanan
panjang ini kelak akan hamba tempuh.
Dalam desiran angin malam dan
awan nan gelap menutup bintang.
Kusedari erti ke tak abadian
makhluk dan mudahnya perubahan.
Hanya sekejap mata akan
tertutup terhadap keindahan.
Bagaikan terangnya langit
tatkala telah tertutup awan.
Tiada yang abadi,
kecuali hanya,
Ilahi Robbul Jalali.
Hidup bagai sebuah panggung
yang sunyi diakhir resepsi.
Hanyalah tangisan orang yang
menyayang kala datangnya mati.
Dan tiada penolong kala berhadapan
dengan-Nya Yang Maha Suci
SEBUAH RENUNGAN
Dalam dakapan malam mataku
mengembara menatap bintang-bintang.
Berkelap-kelip indah bagai
menyambut malaikat Ilahi yang datang.
Tunduk dan patuh pada aturan Nya
sejauh mata memandang.
Sungguh bukti keagungan Nya
dialam nan luas terbentang.
Ada kekerdilan dan ketakutan
yang merasuk ke dalam diri.
Tantang kekurang tundukan jiwa
kepada Sang Maha Pemberi.
Karena begitu banyaknya nikmat
pemberian yang telah dinikmati.
Yang sungguh sangat tiada sebanding
dengan ketaatan kepada Ilahi.
Kerlap-kerlip bintang nun jauh
dihujung jagad seolah memberi pesan.
Betapa kerdilnya keangkuhan dan
kesombongan diri sebagai insan.
Yang dalam hidup senantiasa
menuntut pemenuhan kepuasan.
Tak tahu telah menanti
didepannya jalan-jalan kematian.
Penguasa mati,
hartawan mati,
semua makhluk akan mati.
Bekal untuk dibawa pada
perjalanan panjang tak mencukupi.
Himpitan sempitnya kubur dan
kesendirian kelak jarang ditangisi.
Sungguh kelak di mahkamah-Nya
betapa banyak manusia yang rugi.
Air mata ini terjatuh dalam kesedaran
akan beratnya mahkamah Tuhan.
Menyedari bahawa diri ini sungguh
telah merugi dalam perniagaan.
Banyak berbuat salah dan
hanya miliki sedikit rasa ketaatan.
Sungguh hamba Mu telah
lalaikan hidup sebagai insan.
Masa berlalu,
kulit mengeriput,
jiwa semakin rapuh.
Mengapa langkah tak mampu
jalani ketataan dengan teguh.
Mengapa banyak bukti kadang
tak mmpu membuat nafsu luluh.
Betapa beratnya perjalanan
panjang ini kelak akan hamba tempuh.
Dalam desiran angin malam dan
awan nan gelap menutup bintang.
Kusedari erti ke tak abadian
makhluk dan mudahnya perubahan.
Hanya sekejap mata akan
tertutup terhadap keindahan.
Bagaikan terangnya langit
tatkala telah tertutup awan.
Tiada yang abadi,
kecuali hanya,
Ilahi Robbul Jalali.
Hidup bagai sebuah panggung
yang sunyi diakhir resepsi.
Hanyalah tangisan orang yang
menyayang kala datangnya mati.
Dan tiada penolong kala berhadapan
dengan-Nya Yang Maha Suci
HambaYang Dhoif
Post a Comment for "SEBUAH RENUNGAN"