Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BULAN DAN GUNUNG

wahai
jiwa-jiwa lalai
jiwa yang berpencar mencari mata air
jiwa yang terpisah-pisah menempati gua,
jiwa yang terkepit diantara dua jalan,
bersujudlah!

di hati sesyirik dengki,
di mulut sedusta kata,
di mata sezina pandang,
di telinga tuli,
di tangan lelah,
di kaki letih memanggul iman,
bersimpuhlah!

pada jalan di atas gunung
pada hari-hari yang tak bisa kembali
bulan mengajari tentang kesabaran membuka pintu cahaya,
ia menyingkap kegelapan,
ia membawa sekaligus menawarkan pahala kemuliaan atas pencar jiwa-jiwa,
ia mendatangi gua-gua tempat hati menyembunyi dengki,
ia yang memisah dan menghubungkan dua jalan,
ia yang bersujud malam pada simpuh air mata
ketika bulan berjalan-jalan di atas gunung
menebar ribuan amal mencahaya bersama malaikat-malaikat suryga!

maka memohonlah sepenuh doa,
dalam sujud,
dalam simpuh,
dalam permintaan iman atas jiwa-jiwa lalai,

dan langit menghitung kemuliaan
bulan jalan di atas gunung.

Indah BINTANG kerana KERDIPNYA.
Indah INSAN kerana AKHLAQNYA.
Indah HAMBA kerana TAQWANYA.
Indah SAHABAT kerana DOANYA.
Hargailah PERTEMUAN.
Demi KASIH berpanjangan.
Hargailah KASIH SAYANG.
Demi UKHUWAH sepanjang zaman.
Hargailah RINDU yang bertandang.
Demi CINTA sesama insan

Ya Allah jadikanlah kami orang yang sentiasa ingat pada MU
Ya Allah jadikanlah kami sebaik-baik hamba yang mengabdikan diri kepada MU
Ya Allah jadikanlah kami hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat MU

Post a Comment for "BULAN DAN GUNUNG"