Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KESATRIA KEBENARAN

Lepaskan layarmu meluncurlah
Lepaskan bebanmu dan terbanglah
Simpan gundahmu dan tenanglah
Jalan itu amat terang di hadapanmu
Hayun langkah keyakinan
Pecahkan tembok kekeliruan
Dan berjuanglah dengan kehormatan

Pedang akal tajamkanlah
Perisai ilmu tangkiskanlah
Gerakkan kuda kemahuanmu
Dan menyerbulah kegelanggang mujahadah
Tewaskan tentera-tentara amarah
Dan pancunglah anjing-anjing mazmumah
Bahawa engkau adalah kesatria kerajaan tubuhmu

Siapa lagi akan menjadi pembela
Menewaskan serigala nafsu yang tercela
Menampal carik koyak pekerti mulia
Jangan ragu dan jangan patah semangat
Selagi nadi berdenyut
Selagi nafas berlari
Jangan sekali mundur menyerah
Teruslah bejuang gigih
Genggam peta pedoman utuh
Bersemangat kentallah
Besarkan Allah dalam hatimu
Esakan Allah dalam tauhidmu
Bergantunglah dan berpasrahlah hanya kepada Allah

Ikhlaskan niatmu dihati
Murnikan tingkah laku pekerti
Sehingga engkau mencapai kemenangan atau engkau gugur sebagai pejuang di jalan kebenaran, pasti Tuhan tidak akan mempersiakan segala kelelahanmu
Berjuang menentang tentera iblis dan syaitan dalam dirimu

Wassalam

Post a Comment for "KESATRIA KEBENARAN"