Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

HARUMNYA BACAAN SHOLAWAT

Diceritakan oleh Guru besar
Al-Habib Umar bin Hafidz :
Hampir disetiap waktu selepas solat maghrib ada seorang ulama' besar di Hadhramaut selalu berjalan- jalan di sebuah daerah. Terdengar dari tiap-tiap rumah, penghuninya membaca Al Qur'an, ada juga yg berdzikir, ada juga yg membaca ratib dan sholawat."

Dilihatnya dari rumah-rumah tersebut mengeluarkan cahaya. Namun cahaya yg kelihatan lebih terang hingga ke langit adalah cahaya rumah yang sedang bersholawat kepada Nabi Muhammad.

Telah berkata Al marhum Al-habib Ahmad bin Alwy Baraqbah; "Selawat yang kita bacakan itu sesungguhnnya mengeluarkan bau yg harum. Harumnya selawat dapat dicium oleh semua makhluk Allah kecuali manusia dan jin.

"Jika Allah سبحانه وتعالى membuka hijab penciuman kita niscaya kita akan sibuk mencari dimana harum itu berasal sehingga kita lupa terhadap penghidupan kita. Rasulullah bersabda; “ Orang yang paling bakhil adalah seseorang yang jika namaku disebut, maka dia tidak berselawat keatasku."

Perbanyakkanlah sholawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ wahai saudaraku, cintai sunnahnya, dengannya kamu akan memiliki cahaya yang membuka pintu ketauhidan ihsan dan menanggalkan kotoran syirik pada batinmu. Barangsiapa bersholawat keatas Rosulullah sekali, Allah bersholawat atasnya sepuluh kali.”

Jadikan sholawat itu sebagai wangi-wangian pada mulut dan bibir kita dan yakinlah Sayyidina Rasulullah ﷺ sedang membalas selawat dan salam ke atasnya ﷺ kepada kita. Ada satu malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk sentiasa menyampaikan selawat dan salam umatnya kepada baginda ﷺ."

"Allah سبحانه وتعالى berfirman:
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersholawat keatas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
 Al-Ahzab: 56

MARI KITA  PERBANYAK SHOLAWAT

اَللَّهُمَّ صَلّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نُوْرِكَ السَّارِيْ وَ مَدَدِكَ الجَارِيْ وَ اجْمَعْنِيْ بِهِ فِيْ كُلِّ أَطْوَارِيْ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ يَا نُوْرْ
.
“Allahumma shalli wa sallim ‘ala Sayyidinaa Muhammadin nuuri-kas saarii, wa madadikal jaarii, wajma’nii bihi fii kulli athwaarii, wa ‘ala alihi wa shahbihi yaa nuur”
.
Ya Allah, limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad ( ﷺ ), sang cahaya-Mu yang selalu bersinar dan pemberian-Mu yang tak kunjung putus, dan kumpulkanlah aku dengan Rosulullah di setiap zaman, serta sholawat untuk keluarganya dan sahabatnya, wahai Sang Cahaya.

اللهم أجعلنا من اهل شفاعة سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم
اللهم أمين يا الله يارب العالمين

Post a Comment for "HARUMNYA BACAAN SHOLAWAT"