Panorama Jingga
Biru langit memutih awan
Terbang sang helang mencari makan
Berlagu unggas kicau kicauan
Indahnya alam bagai lukisan
Mega merah di langit petang
Terbang unggas pulang ke sarang
Tirai malam menutup ruang
Dalam gelap bayang pun hilang
Wanginya aroma bebunga di taman
Nyanyian cengkerik menjadi teman
Warna warni garis lakaran
Menjadi indah alam ciptaan
Kerana cinta Aku nyatakan
Ku beri hidup pada kehidupan
Ku cipta insan berwajah tampan
LangitKu hias bintang dan bulan
Rasa rindu kampung halaman
Rasa kasih sesama Insan
Duka lara dikala perpisahan
Senyum tangis dalam kegembiraan
Semua itu suatu gambaran
Keberadaanmu hanya bayangan
Tubuh Adam hanyalah debuan
Nama Adam hanya sebutan
Bukan kamu empunya cerita
Hikayat hidup di alam nyata
Adanya huruf di dalam kata
Batu pasir menjadi kota
Tiadalah yang tiada itu ada
Kerana yang tiada tetap tiadanya
Yang ada Aku meliputi semua
Di segenap rasa di segenap cipta.
Wassalam
Debu Alam
Terbang sang helang mencari makan
Berlagu unggas kicau kicauan
Indahnya alam bagai lukisan
Mega merah di langit petang
Terbang unggas pulang ke sarang
Tirai malam menutup ruang
Dalam gelap bayang pun hilang
Wanginya aroma bebunga di taman
Nyanyian cengkerik menjadi teman
Warna warni garis lakaran
Menjadi indah alam ciptaan
Kerana cinta Aku nyatakan
Ku beri hidup pada kehidupan
Ku cipta insan berwajah tampan
LangitKu hias bintang dan bulan
Rasa rindu kampung halaman
Rasa kasih sesama Insan
Duka lara dikala perpisahan
Senyum tangis dalam kegembiraan
Semua itu suatu gambaran
Keberadaanmu hanya bayangan
Tubuh Adam hanyalah debuan
Nama Adam hanya sebutan
Bukan kamu empunya cerita
Hikayat hidup di alam nyata
Adanya huruf di dalam kata
Batu pasir menjadi kota
Tiadalah yang tiada itu ada
Kerana yang tiada tetap tiadanya
Yang ada Aku meliputi semua
Di segenap rasa di segenap cipta.
Wassalam
Debu Alam
Post a Comment for "Panorama Jingga"