Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DI MANA DIRI

BISMILLAH

DI MANA DIRI

Selalu kita dengari di dalam
neraka begitu seksa sekali...
Sedang di syurga semua
nikmat terpenuhi terlintas
di hati sudah di beri..

Itu gambaran neraka
dan syurga sejati..
Yang bakal di rasa
di akhirat nanti...

Namun hakikat di sebalik
tabir hidup ini..
Kita ini menempuh neraka
dan syurga hakiki...

Singkaplah tabir hidup mu
duhai sang pencari..
Selamlah selautan rasa
seindah budi..
Carilah di mana keberadaan
diri mu di saat ini..
Apakah masih di neraka atau
sudah menemukan syurga duniawi...

Aduhai hati...
Jikamana hati mu masih
lagi berteka-teki..
Masih ada kerisauan di hati..
Masih lagi terasa
seksa menimpa diri..
Masih ada rasa tak puashati..
Masih lagi tertanya
Ya Allah ini kah yang Kau beri..
Masih lagi berperang di dalam diri...
Masih berhajat segala sesuatu selain Ilahi...
Itu petanda kau masih
di neraka hakiki...

Dudai sang pencari...
Buanglah semua itu
kikiskan dari hati..
Bunuhlah ia dari sanubari..
Dengan besarkan kehendak
Ilahi pada diri..
Terima semua dengan
cinta yang benar di hati..
Cinta yang tidak berbelah bagi..
Cinta yang tidak lagi di kotori..
Dengan duniawi sebagai belati..
Terimalah tarbiah cinta Ilahi...
Yang membunuh segala
yang kau cintai...

Semata ingin mensucikan
hati dari nafsu-nafsi...
Perangilah diri sendiri...
Hingga tersungkur
di persada cinta Ilahi..
Menangkanlah cinta
hakiki lagi sejati..
Jangan lagi kalah pada
musuh dalam diri...

Pabila semua telah kau atasi..
Bertemulah damai di hati..
Yakni syurga duniawi syurga hakiki..
Yang kau rasa di tiap nadi..
Merasa Dia sentiasa di sisi..
Tiada apa nak di minta lagi..
Tiada lagi kerisauan pasal duniawi..
Merasa cukup apa pun yang di rezeki..
Merasa tenang walau apa menimpa diri..
Yakni hati yang telah redho pada Ilahi..
Hingga malu nak meminta itu ini..

Tapi hakikat Allah tetap memberi..
Apa saja lintasan di hati...
Itulah yang di raih sang pencinta Ilahi..
Doa mereka keramat sekali...
Bukanlah kerana hebat diri..
Tetapi semata kerana Allah lebih menyukai...

Marilah bersama kita mencari...
Di mana berada diri..
Lalu kita bersama berjuang kerana Ilahi..
Menyelamatkan diri di dunia lagi..
Inilah dunia jambatan hakiki..
Yang kita meniti menuju Ilahi.

Hamba Yang Dhoif

Post a Comment for "DI MANA DIRI"