Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

JERITAN JIWAKU

Menjerit bila hati
serasa di pulau-di iri
tak ku diizin menyayangi
walau di dalam hati sendiri.

Betapalah amat kejam
bila rasa sayang dilarang
hairan dan aku lalu terdiam
lantas tak lagi ia kan kujelang.

Bukan aku kasih untuk dia kumiliki
cuma pernyataan eratkan silaturahimi
setulusnya lalu untuk apakah aku dikenali?
andai kiranya hanya puisi yang mereka hajati.

Inilah selumbar menyucuk pedih hatiku
kepura-puraan di sebalik indahnya ikatan
inilah sebilah pedang memacung putus leherku
di sebalik maksud tersirat yang jadi  pertaruhan.

Kini kubawa jua khazanah diri
biarkan aku sendiri menyusuri
jeritnya di jiwaku lolong meraung
terdengar gemanya di tujuh gaung.

Puisi itu hati yang peka penuh sedar
pada Tuhan kita tulus ikhlas bersandar
untuk tegar nyatakan bentuk keindahan
kalam suci bermandi di sungai keasyikan.

Menjerit jua jiwaku
menolak hati yang palsu
tak lagi mahu kubersekutu
dengan lidah yang bercabang itu.

Kuala Kangsar
16 Okt 2016.

Post a Comment for "JERITAN JIWAKU"