Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

GERHANA DOSA

BISMILLAH

GERHANA DOSA

wahai azab dunia 
bertekuk lututlah
wahai keserahkahan 
manusia tunjukan taringmu
wahai pencabut nyawa 
mari bertarung dalam 
kawah merapi
siapa dirimu sehingga 
kemuliaan NYA pun 
kau tak gentar
wahai cacing tanah 
berserulah

kebejatanmu kau makan 
dalam kerongkongan 
masa lalumu
pintu maaf pun kau 
tutupkan dibibirmu
laknatlah bibir pendusta 
yang berpesta pora
memeras janda dan anak yatim
meminta riba pada yang lemah

kemaluanmu kau biarkan 
kering dalam air mani dosa
mabuk dalam dusta dan 
alkohol anggur merah
sampai keturunan kita pun 
bermaksiat dalam darah
adukanlah ini kepada 
sang gerhana dan bumi 
dalam gempa

wahai anak durjana 
yang minum air susu 
dari puting ibunya 

dan menista ibunya 
dalam permainan dunia

hatimu sarang penyamun 
dihatimu menebal 
otakmu tak tahu malu

singgahlah dalam 
pesakitan merapi 
kita berpesta 

berpesta..
berpestalah..
berkuasa dalam 
kemaksiatan

berpesta..
berpestalah..
berkuasa dalam dusta

berpesta..
berpestalah..
berkuasa dalam 
reality kepalsuan cinta

berpesta..
berpestalah..
berkuasa  dalam neraka 
dan syurga dunia

mari tertawa tawanan 
jiwa yang melayang..
mari kita berpesta
dalam syair tanpa dusta 
dalam kata menari jiwa 
kerana kau berharga 
dan bertaubatlah

Hamba Yang Dhoif

Post a Comment for "GERHANA DOSA"