TERBANGKIT DARI MIMPI
TERBANGKIT DARI MIMPI
Dari sebuah daerah yang kehilangan erti
Aku terbangun dari sebuah mimpi ngeri
Kerana terpalu oleh tanya dalam diri
Siapa aku?? dan untuk apa aku di sini??
Ketakutan mula membelit ulu hati
Saat terbayangkan nyalaan api dalam gelodak kobaran yang bakal merentung dan melumatkan diri, andai kepulanganku nanti membawa kotoran daki yang menyelimuti diri.
Oh...apakah ertinya perjalanan ini?
Pertanyaan demi pertanyaan menghenyak benakku, apa maksud sebenar akan kehadiranku dibumi nyata ini?
Aku mula mencari kembali diriku yang hilang terhanyut oleh mimpi-mimpi yang tak bererti
Ku buka kembali helaian peta pedoman yang sekian lama tiada aku tatapi
Begitu helaian sirah nabi dan pesan-pesan baginda aku selusuri denainya kembali
Ku selak syair rumi dan rubayat-rubayat sang sufi mencari permata-permata yang terselindung di sebalik bicara hikmah mereka yang telah meminum dari piala kesucian diri.
Oh!!...betapa lalainya aku selama ini
Betapa terpedayanya aku oleh pesona duniawi
Menghayun langkah tanpa erti dalam kabus keliru aku berlari tanpa tahu apa yang di cari
Sedangkan selimut kasihNya meliputi di segenap ruang hidup tiada ku sadari selama ini
Oh!!...betapa curangnya aku pada amanah yang diberi
Betapa besarnya kedurhakaanku kepadaNya kerana menyasar dari tujuan kenapa aku di hadirkan ke alam maya ini.
Lalu ku buangkan jauh mimpi-mimpi yang tak beerti dari lubuk hati
Ku gilap kembali cermin yang dipenuhi daki kelalaian dengan paluan zikir ingatan kepada sang Penguasa alam semesta
Dalam tulus hati aku merayu belas kasih agar Dia mengampuni atas kelalaianku selama ini, dan sudi membukakan pintu erti akan segala maknawi
Aku mohonkan sebuah pengenalan akan kebenaran yang hakiki dari bukti-bukti bahawa Dia memang ada meliputi
Walau merangkak namun aku telah nekad
Bahawa aku tak akan kembali ke daerah kematian itu lagi
Kerana aku telah menetapkan hala tujuku hanya kepada Dia...Dia yang tak pernah jemu menungguku bersimpuh dibawah payung kelembutan kasihNya yang Maha Abadi.
Sementara nafas masih berfungsi, aku harus mengisi lembaran perjalanan ini dengan erti dan aku harus mensyukuri akan apa yang telah dikurniai, kerana aku tak berhak mengengkari atas setiap suratan yang temaktub diazali.
Semoga aku diterima sebagai seorang hambanNya yang kembali..dan harapan-harapan itulah yang memberi kekuatan kepadaku dalam menjalani hari sebagai seorang abdi yang tak memiliki namun dimiliki.
Salam sang fakir

Amir Debu Alam.
Post a Comment for "TERBANGKIT DARI MIMPI"