PENYAIR CINTA
PENYAIR CINTA
cinta-datang-lagi
Aku bertandang lagi.
Ingin menyata indahnya Cinta.
Kerana aku penyair Cinta…
dan tiada ungkapan lain yang ingin ku
senandungkan selain cinta
seperti Ibnu qayyim,
Jalaluludin ArRumi,
Rabiah Aladawiyah
dan Iqbal
lantas membangunkan semangat ku untuk terus menyatakan cinta
dengan Alam, manusia dan Penciptanya
Lantas aku menulis kerinduan.
Mengoyak kerinduan itu
dan ku terbangkan kerinduan itu pada mu
sekalipun nun jauh disana
dan didalam angan
ketahuilah cinta dan rinduku tidak rapuh
tidak lemah sekalipun aku gagal meraihnya
darimu yang memulai
sekali pun kali ini cinta itu datang lagi
dan diam menyepi
Aku masih mampu berdiri bertemankan Pencipta
yang sentiasa memerhati dan menyayangi
merakamkan kesabaran dari sudut hatiku
dicelah-celah rindu dari gemuruh malam
Aku sentiasa dipeluk erat dalam kehangatan
dan dibisik padaku
dan disebut nama ku
dan dipilih aku dalam terbit mentari perjuangan
dan ditanam cinta dalam jiwa ini bersama dakwah ketenangan
agar cinta ini mekar selamanya
hidup dibawah naungan Islam.
pesanku agar jiwamu memerhati.
Disebalik kasih sayangNya,
Dia yang mengutip kita satu persatu
dari tepi jurang neraka.
Di tengah ombak jahilliyah yang membadai.
Setelah diperkosa dosa noda kejahilan.
Dituang Iman dan hidayah.
Ilmu dan kefahaman.
Hingga kita mampu ruku’
dan sujud kembali kepada fitrah.
Hingga kita mampu mencinta dan dicinta.
Tanpa jemu dan ragu.
Hingga mekarnya bunga cinta itu dengan
semerbak kewangian yang mewangi.
Melebarkan harumannya hingga ke mihrab ketundukan.
Rasakanlah aduhai jasad,
kerendahan disaat engkau sujud
kerana engkau meletakan jiwamu pada asalnya.
Mengembalikan cabang kepada pokoknya.
Darimana engkau diciptakan dari patinya
dan engkau bongkak dengan kehadiranmu.
Jangan kita lupa pada diri yang sentiasa mendambakan
sejuk nya salju keimanan.
Tebaran rahmat yang sentiasa menantikan huluran tangan
Kenapa kita semakin lemah?
Lesu dan tak bermaya.
Bosan dan jenuh saat memelihara amal amal ketaatan.
Hingga kita tidak mampu dimandikan dengan keinsafan.
Setelah Quran menitahkan.
Kita terus terusan tiada ransangan …
Mungkin hati kita kesat dan tak boleh dihaluskan
atau kita terancam oleh hambatan dunia yang
melampaui batasan lantas kesufian kita hilang
didalam kelam atau hati kita berasa kesedihan
dan tak boleh ditenangkan atau terlukanya
ia asbab kederhakaan dan dosa yang bertandang.
Aduhai hati ..
kenallah dirimu.
Kenalilah Penciptamu.
sesungguhnya dosa yang paling berat bagi dirimu
adalah ketika lupa akan keadaan dirimu.
Perbaikilah dan jangan sampai hukuman Penciptanya.
Seandai datang! ianya adalah hukuman berat yang tidak terasa kerana;
Hukuman berat bagi seorang hamba
adalah bila Allah SWT menjadikan ia lupa
pada dirinya sendiri
kerana bila seseorang lupa pada dirinya sendiri
maka ia akan terjerumus pada kenistaan
tapi ia merasa telah berlaku kebaikan.
Aduhai sahabat qalbu ku semua … Aduhai kasih ku …
Masa muda hanya berlangsung sesaat,
kecantikan hanya pada usia bunga.
Hanya sepetang cuma.
Beringatlah …
Dan aku juga akan ingat seperti aku mengingat kamu semua
kerana aku hamba jalanan yang ingin mengumpulkan kita semua,
hidup sebagai satu keluarga disyurga sana
mendengarkan aku bersyair dengan syair cinta yang tiada hujung
dan ketika itu dapat kamu rasakan cinta ku yang suci sesuci embun
tidak kering dek mentari syurga…

Kalam Musafir.
Post a Comment for "PENYAIR CINTA"