Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BISMILLAH

BISMILLAH

Aku akan membangun tekad baja untuk berhasil 
dan menaklukkan tembok kegagalan dengan 
keyakian yang kokoh, 
aku akan berupaya terus sampai aku berhasil 
kerana pahala kehidupan dan buah keberhasilan 
ada pada akhir setiap perjalanan.

Namun melangkah untuk mencapai tujuanpun 
adalah sebuah kebajikan, 
kerana itu, aku akan selalu membuat langkah baru, 
jika ternyata hal itu belum dapat membuatku sampai ditujuan, 
aku akan melangkah lagi dan terus melangkah lagi.

Kekalahan tak akan kuanggap terlalu serius. 
Dan aku akan menghapuskan kata-kata berikut 
dari kamus hidupku, 
“ menyerah, 
tidak boleh, 
tidak sanggup, 
mustahil, 
tidak mungkin, 
pasti gagal, 
tidak berguna, 
tidak ada harapan 
dan putus asa “, 
semua itu adalah kata-kata orang bodoh. 
Aku akan menjauhi keputus asaan, 

tetapi apabila aku terserang penyakit itu aku 
akan berihktiar terus sampai keputusasaan 
itu hilang dengan sendirinya.
Tidak kurisaukan kendala ditangan dan rantai dikaki. 
Kuarahkan mataku pada sasaran horizon hari esok, 
kerana kutahu ditepian padang gersang berakhir, 
disitulah rumput hijau mulai tumbuh. 
Selama masih ada nafas didadaku, 
selama itu pula aku terus berupaya. 
Akan kucamkan kaidah ini:
“ Jika aku terus berjuang maka aku akan menang “.

Aku adalah mukjizat alam terbesar. 
Aku tidak hadir di bumi ini secara kebetulan. 
Aku ada disini dengan sebuah maksud agung, 
Iaitu untuk tumbuh mekar menjadi gunung 
dan bukan untuk mengecil menjadi debu kerikil. 
Kerana itu aku akan mengerahkan segenap 
potensi diriku sampai ia menjerit minta ampun. 
Aku akan memusatkan kekuatanku untuk 
melunaskan masalah sekarang 
dan memfokuskan tindakanku pada 
persoalan didepan mata, 
sehingga tugasku selesai. 

Dengan demikian aku dapat melupakan 
segala perkara yang lain.
Aku akan menjalani hari-hari seolah 
inilah hari terakhirku, 
sambil kulupakan hari kemarin, 
demikianlah tak kurisaukan hari esok. 

Apakah putra hari esok dapat dilahirkan hari ini?, 
Dapatkah maut hari esok menebarkan seramnya saat ini? 
Apakah duka cita hari esok menggelapkan sukacita sekarang? 
Haruskah aku mengkhawatirkan kejadian-kejadian 
yang tak akan pernah disaksikan oleh mataku?, 
haruskah aku menyeksa diriku dengan 
masalah-masalah yang mungkin tidak pernah terjadi?

TIDAK !!! 
Hari kemarin terkubur oleh hari esok, 
sehingga aku tidak akan memikirkannya lagi, 
kelmarin adalah sejarah, 
sedang esok masih dibalut janji. 
Hari ini sajalah rahmat bagiku. 
Lebih baik aku mensyukuri hari ini 
dan bekerja dengan sebaik-baiknya sekarang.

Hamba Yang Dhoif

Post a Comment for "BISMILLAH"