Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SENYUMLAH WAHAI HATI

BISMILLAH

Senyumlah wahai hati..
Walau lisan nyata merintih
Tabahlah wahai hati..
Walau diri nyata di uji
Sabarlah wahai hati..
Walau segala nyata menyakiti
Tegarlah wahai hati..
Kerana Allah hanya menguji
Letakkan lisan mu segalanya
pada redho Khaliq mu
Pasti di sana Dia akan mengasihi
Yakinlah pada janji Nya
Jika tabah, sabar dan tawakkal
adalah landasan mu

Ya Rabb..
Terlalu besar nikmat Mu
pada sekalian hamba
Diri mengerti namun
lemahnya diri ini,
keluhan jua yang tiba
Jadikanlah diri ini pada sifat
indah walau sekelumit teguh
Senyuman yang terukir terlalu
mudah goyah bila terhampar ujian Mu

Mengapa Ya Rabb..
Alangkah kerdil jiwa ini
Sesungguhnya diri ini mendamba
tabahnya seorang pahlawan
selayaknya serikandi idaman

Namun...
Mengapakah airmata
jua yang bertamu
Pasti...
Diri ini pasti akan mengukir
kembali senyuman itu
kerana diri ini yakin
Masakan percaturan Mu
itu sia-sia?

Ya Rabb..
Ujian Mu yang luas terbentang
meruntun hati dan perasaan
Ku tadah dengan sepenuh redho

Ya Rabb..
Jika ini hanya ujian mentarbiyah
mental dan semestinya nurani
Diri ini mohon berilah sejitu
mental para pejuang agama
Jika ini ujian muhasabah,
bantu diri ini untuk mampu
melihat kekhilafan dan
kelemahan yang ada

Ya Rabb..
Sudah terlalu banyak
diri ini meminta
Masih layakkah tangan ini
menadah pada Mu?
Diri ini mohon dengan sejuta
kehinaan dan kerendahan
Agar masih dapat memgemis cinta Mu..
Berikanlah lembayung maghfirah Mu

Kalam Musafir

Post a Comment for "SENYUMLAH WAHAI HATI"